Hidangan Tahun Baru Tahun_Baru_Cina

Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼, pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年年有余), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."[4][10]

Intisari makanan

NamaBahasa Cina [*]Huraian
Luohan zhailuóhàn zhāiLuohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉) dan yong tau fu.
IkanRamuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (Bahasa Cina: 餘; pinyin: yú). Ramuan utama bagi yee sang.
Yee sangyúshēngIkan Salmon yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah.[9]
Ladu jiaozijiǎoziLadu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.
Limau mandarin金橘 jīnjú; atau
柑 gān
Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.
Kuih bakul年糕 niángāoKuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".[3]
MiMi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.
Gula-gulaGula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.
TikoyPuding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang).

[*]: Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk tradisionalnya) diikuti pinyin.

Rujukan

WikiPedia: Tahun_Baru_Cina http://www.educ.uvic.ca/faculty/mroth/438/CHINA/ch... http://chineseculture.about.com/library/weekly/aa0... http://thefeastcrusade.blogspot.com/2006/01/lo-hei... http://www.book-soul.com/h.html#1970 http://www.equator-news.com/berita/index.asp?berit... http://everything2.com/index.pl?node_id=1405424 http://everything2.com/index.pl?node_id=1514200 http://emperor.heavengames.com/archives/arc1-2003.... http://www.iht.com/articles/2006/01/27/news/journa... http://www.newsgd.com/specials/springfestival07